Memperkenalkan series yang saya sukai Julai tahun ni di Netflix
Hi,rakan-rakan.Ini hari pertama saya mula tulis artikel di blogger.Jadi,maafkan saya kalau penulisan saya tak berapa bagus atau kandungan artikel saya tidak menarik..😆😆😆
Saya nak memperkenalkan salah satu drama yang sedang laris di Eropah dan mungkin orang Asia tak berapa tahu drama ni.Judul drama ni ialah Young Royal.Terdapat enam episod dalam drama ni dan masa satu episod lebih kurang empuh puluh minit hingga lima puluh minit.Drama ni mengandungi unsur LGBT.Kalau tak suka atau tidak selesa,jangan tonton ya.
Drama ni mengisahkan seorang putera iaitu anak kedua dari Ratu Kristina di Negara Sweden dihantar olehnya ke salah satu sekolah asrama elit yang mengumpulkan semua pelajar dari keturunan bangsawan atau keluarga yang kaya raya.Sekolah tu bernama Hillerska.Putera tu bernama Wilhelm dan oleh sebab bergaduh dengan seorang di depan bar malam dan seorang pengunjung dengan sengaja merakam kejadian tersebut dan memuat naik di media sosial.Oleh itu,Ratu Kristina ingin Wilhelm memperbaiki kelakuan diri supaya menjadi lebih baik setelah banyak rakyat Swedia mengetahui kejadian tersebut yang viral di media sosial dan memberi komen mereka berkaitan.Apabila pergi ke sekolah Hillerska, Wilhelm bertemu dengan salah seorang pelajar dari kelas menengah yang mengambil biasiswa untuk belajar di sekolah dan tidak tinggal di asrama,iaitu Simon.Oleh sebab Simon bukan berasal dari keluarga yang berkaya,tak de orang yang mau berkawan dengannya.Mereka berdua menjadi kawan dan lama-kelamaan,mereka menjalin cinta terlarang antara mereka.Akhirnya, Wilhelm terpaksa meninggalkan Simon setelah sederetan perkara terjadi antara mereka.
Pada pendapat saya,saya rasa drama ni tak cukup untuk saya nonton,terlalu pendek.Hahaha.Saya harap ada lagi season2 untuk cerita seterusnya.Kalau berminat,kamu semua ya boleh tonton di Netflix dan akan belajar pelbagai pengajaran daripadanya.